SEJARAH RINGKAS DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ditubuhkan pada hari Jumaat, 20 Januari, 1961, melalui satu mesyuarat yang disertai oleh para pemuda seluruh negeri Terengganu. Ia dilangsungkan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada ketika itu di Nombor 74, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu
Penubuhannya telah dipelopori oleh Wan Osman Mohamad selaku Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika itu. Turut hadir di dalam perbincangan itu adalah Md Taib Sabri, Che Da Abdul Jalil Awang dan Abu Bakar Salleh. Turut serta dalam majlis itu adalah Ustaz Amaluddin Darus sebagai wakil Pejabat Agong PAS. Seramai 14 orang pemerhati dari seluruh negeri juga turut hadir di majlis tersebut.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu yang pertama adalah Che Da Abdul Jalil Awang. Dibawah disenaraikan nama-nama Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu dari dahulu hingga sekarang;
Bil |
Tahun |
Nama |
1 |
1961 - 1963 |
Che Da Abdul Jalil Awang |
2 |
1963 - 1965 |
Syed Abdullah Alwee Alkaf |
3 |
1965 - 1969 |
Hj Abd Wahab Yunos |
4 |
1969 - 1976 |
Mohd @ Harun Jusoh |
5 |
1976 - 1979 |
YAB Tuan Guru Hj Abd Hadi Hj Awang |
6 |
1979 - 1983 |
Ustaz Abdul Latif b Muhamad |
7 |
1983 - 1985 |
YB Ustaz Hj Abu Bakar Chik |
8 |
1985 - 1991 |
Ustaz Mahmud Sulaiman |
9 |
1991 - 1993 |
YB Ustaz Hj Abu Bakar Abdullah |
10 |
1993 - 1997 |
YB Hj Mohd Abd Wahid Hj Endut |
11 |
1997 - 1999 |
YB Yahaya Ali |
12 |
1999 - |
Zakaria Dagang |