MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU HAMIL DAN SUAMI
Antara
penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung ialah:
1. Penyakit
darah tinggi semasa mengandung.
Tanda-tanda:
- Tekanan darah Diastolik
sama atau lebih dari 90 mmHg. dengan/tanpa
- Oedema (bengkak)
- Air kencing mengandungi
albumin.
- Pertambahan berat badan
yang berlebihan.
Komplikasi
darah tinggi yang paling merbahaya kepada ibu & bayi ialah sawan
(Eclampsia)
Tanda-tanda
"Impending Eclampsia" (akan mendapat sawan):
- Loya-loya/muntah
- Sakit sudu hati (epigastric pain)
- Penglihatan menjadi kabur
- Pening kepala yang berterusan
2.
Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational Diabetes)
Anda mungkin menghidapi
Diabetes jika:
- Air kencing mengandungi gula
- Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes
- Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap
Diabetes
- Anda pernah menghidap
diabetes semasa mengandung yang lalu
- Obes (berat badan lebih dari 80kg)
- Anda pernah melahirkan anak
yang beratnya lebih dari 3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.
- Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)
- Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang
berulang.
3. Kurang Darah (anaemia)
Semasa Mengandung
iaitu
satu keadaan dimana kemerahan darah adalah rendah. Paras haemoglobin kurang
dari 10gm%.
Tanda-tanda:
- Pucat
- Letih
4. Pendarahan semasa
mengandung
Antara sebab-sebab pendarahan
semasa mengandung ialah:
- Uri menutupi pintu rahim
(placenta previa)
- Uri terpisah dari dinding
rahim (Abruptio Placenta) samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan
tekanan darah tinggi/terjatuh/tercedera.
- Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj
Tanda-tanda:
- Keluar darah melalui
kemaluan samada secara sedikit/ banyak dengan tiba-tiba.
- Pucat dan letih
- Sakit perut yang berterusan
Jika
pendarahan beriaku dengan banyak dan secara tiba-tiba, denyutan nadi menjadi
cepat dan tekanan darah rendah. Ibu dan bayi mungkin akan meninggal dunia jika
lambat mendapat rawatan yang sewajarnya.
5. Jangkitan
a) Salur kencing
Tanda-tanda:
- sakit semasa kencing
- demam
- sakit dibahagian ari-ari
b) Kemaluan
Tanda-tanda:
- Gatal dikemaluan
-
Discaj
yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk
6. Penyakit perubatan, termasuk Leiah
(asthma), Penyakit Jantung, Kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.
Wanita yang mengetahui mereka
menghidapi penyakit-penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain, perlu
mendapat khidmat kaunseling (Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang
berkenaan sebelum merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan
kepada beliau sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segata arahan
yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.
7. Tumpah darah semasa atau
selepas bersalin.
Tanda-tanda:
- Kehilangan darah yang
banyak semasa/selepas bersalin (melebihi 500 ml).
- Ibu menjadi pucat, letih
dan tidak bermaya.
- Tekanan darah menjadi
rendah
- Denyutan nadi menjadi cepat
dan kemudiannya menjadi periahan jika pendarahan berterusan.
Kesan kepada ibu dan bayi
Penyakit
yang telah dinyatakan diatas adalah merupakan penyebab utama kematian ibu dan
bayi di Malaysia dan juga di negeri Terengganu.
Sebarang pertanyaan drcyber emailkan kepada arrijal@putera.com