Kembali ke Laman UtamaSUDUT DOKTOR DAN ANDA



MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU HAMIL DAN SUAMI

MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU HAMIL DAN SUAMI

MAKLUMAT PENTING UNTUK  IBU HAMIL DAN SUAMI

Antara penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung ialah:

1. Penyakit darah tinggi semasa mengandung.

Tanda-tanda:

- Tekanan darah Diastolik sama atau lebih dari 90 mmHg. dengan/tanpa

- Oedema (bengkak)

- Air kencing mengandungi albumin.

- Pertambahan berat badan yang berlebihan.

Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia)

Tanda-tanda "Impending Eclampsia" (akan mendapat sawan):

- Loya-loya/muntah

- Sakit sudu hati (epigastric pain)

- Penglihatan menjadi kabur

- Pening kepala yang berterusan

2. Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational Diabetes)

Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:

- Air kencing mengandungi gula

- Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes

- Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes

- Anda pernah menghidap diabetes semasa mengandung yang lalu

- Obes (berat badan lebih dari 80kg)

- Anda pernah melahirkan anak yang beratnya lebih dari 3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.

- Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)

- Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang berulang.

 

3. Kurang Darah (anaemia) Semasa Mengandung

iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah adalah rendah. Paras haemoglobin kurang dari 10gm%.

Tanda-tanda:

- Pucat

- Letih

4. Pendarahan semasa mengandung

Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung ialah:

- Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)

- Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio Placenta) samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan tekanan darah tinggi/terjatuh/tercedera.

- Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj

Tanda-tanda:

- Keluar darah melalui kemaluan samada secara sedikit/ banyak dengan tiba-tiba.

- Pucat dan letih

- Sakit perut yang berterusan

Jika pendarahan beriaku dengan banyak dan secara tiba-tiba, denyutan nadi menjadi cepat dan tekanan darah rendah. Ibu dan bayi mungkin akan meninggal dunia jika lambat mendapat rawatan yang sewajarnya.

5. Jangkitan

a) Salur kencing

Tanda-tanda:

- sakit semasa kencing

- demam

- sakit dibahagian ari-ari

b) Kemaluan

Tanda-tanda:

- Gatal dikemaluan

-          Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk

 

6. Penyakit perubatan, termasuk Leiah (asthma), Penyakit Jantung, Kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.

Wanita yang mengetahui mereka menghidapi penyakit-penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain, perlu mendapat khidmat kaunseling (Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan sebelum merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan kepada beliau sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segata arahan yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.

7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin.

Tanda-tanda:

- Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas bersalin (melebihi 500 ml).

- Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.

- Tekanan darah menjadi rendah

- Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya menjadi periahan jika pendarahan berterusan.

Kesan kepada ibu dan bayi

Penyakit yang telah dinyatakan diatas adalah merupakan penyebab utama kematian ibu dan bayi di Malaysia dan juga di negeri Terengganu.

 

Sebarang pertanyaan drcyber emailkan kepada arrijal@putera.com

 



Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu