JAGAAN BAYI BARU LAHIR
Penyakit
yang kerap berlaku dan amat merbahaya kepada bayi anda ialah:
1. Jangkitan salur pernafasan
2. Jangkitan paru-paru (pneumonia)
3. Sawan yang
biasanya disebabkan oleh Jangkitan di otak, kesejukan, kekurangan gula dalam
darah dan jaundice yang tinggi.
4. Kekurangan glukos dalam darah (Hypoglysemia)
5. Kesejukan (Hypothermia)
6. Kuning (Jaundice)
7. Jangkitan kuman dalam darah (Septicaemia)
8. Lain-lain
penyakit seperti Sakit Jantung Kongenital dan kecacatan-kecacatan anggota yang
lain.
Anda dinasihatkan untuk membawa bayi anda ke Klinik
Desa/Klinik Kesihatan atau Hospital terdekat jika bayii anda mengalami
masalah-masalah berikut selepas dilahirkan:
1. Tidur terlalu
lama hingga sukar digerakkan (lebih dari 2-3 jam)
2. Tidak mahu/kurang menyusu |i. Sentiasa menangis
4. Kelihatan letih,
iesu dan tidak bermaya.
5. Demam atau Kekuningan
7. Demam, batuk dan selsema
8. Tidak
bertindakbalas terhadap persekitaran seperti bunyi bising dan lain-lain.
9. Tidak kencing atau berak selepas 24 jam dilahirkan.
10. Muntah-muntah DAN ATAU Perut Buncit.
11. Sukar bernafas atau nafas terialu laju Pemafasan normal:
# Kanak-kanak berumur kurang dari 2 bulan
ialah 60 kali seminit
# Kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 1 tahun
ialah 50 kati seminit
#
1 tahun hingga 5 tahun ialah 40 kali seminit.
12.
Kebiruan pada bila-bila masa.
13.
Kelihatan pucat.
Bayi anda mungkin menghidapi salah
satu dari penyakit diatas dan beliau memerlukan rawatan segera untuk
mengelakkan komplikasi seterusnya dan kematian.
Penyakit-penyakit diatas telah di
kenalpasti sebagai penyebab kematian utama dikalangan bayi baru lahir di
Malaysia dan Terengganu.
Sebarang pertanyaan drcyber : arrijal@putera.com